Monday, 26 November 2018

KESAN BAHAN KIMIA PRODUK KECANTIKAN



BAHAN KIMIA PRODUK KECANTIKAN

Ketika ini lambakan produk kecantikan di pasaran. Masing-masing mendakwa mereka yang
terbaik untuk kulit bersih jelita. Apakah bahan yang patut kita ketahui berbahaya pada produk
dikeluarkan terutamanya JERAGAT.


Apabila kita ingin mengguna produk kecantikan untuk kulit wajah, kita sering keliru atau
tertanya-tanya pada diri sendiri pelbagai persoalan bermain di minda.


Setengah dari kita tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana khuatir kulit muka akan
mengalami kerosakan. Perlu diingatkan apabila membeli produk untuk kulit muka perlu baca
setiap bahan kandungan produk terbabit.


Ada setengah produk muka nampak perubahan ketara apabila digunakan dan ada yang tidak
sampai seminggu mengakibatkan radang di wajah. Perubahan yang sangat cepat bergantung
pada kandungan bahan dalam produk itu.


Yang penting kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti yang
tertera di bawah.



Raksa atau merkuri

Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon. Lazimnya digunakan dalam produk kecantikan sebagai agen pemutih kulit wajah. Penggunaannya boleh memberi kesan kepada kelunturan warna asal kulit individu.
Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana mudah menyerap ke dalam saluran
darah.
Kesan penggunaan raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan
otak, mematikan sel darah dan mencacat janin.


Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
Triethanolamine
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan Ph dan sebagai asas bagi banyak
produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.
Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara
ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat
yang dijual di laman sosial.
Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka,
krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada 'harga berpatutan'.
Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual
secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.
Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina
itu digunakan secara berleluasa.
Haruman sintetik
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia
berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh
diserap dalam aliran darah melalui kulit.
Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam,
hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.
Tip mengesan produk meragukan
1. Produk membuat tuntutan luar biasa seperti mencerahkan kulit dalam masa yang singkat.
Ini tidak boleh dipercayai kerana bahan yang selamat memerlukan masa yang lebih lama
untuk bertindak pada kulit.
2. Produk dijual dengan harga yang sangat rendah berbanding produk yang sama di pasaran.
3. Produk dijual di kedai yang juga menjual barang bukan kosmetik dan dilonggokkan.
4. Pembungkusan produk dalam tulisan yang tidak difahami atau terdapat kesalahan ejaan
walaupun dalam Bahasa Inggeris.
5. Produk tidak tertera padanya pengilang, pengedar, senarai bahan dan tarikh luput.
6. Produk tidak berkualiti apabila digunakan.


No comments:

Post a Comment