Sunday, 25 November 2018

APAKAH CARA PALING TEPAT MEMILIH PRODUK JERAGAT YANG SESUAI MENGIKUT JENIS KULIT.

Saya pernah mencuba dalam bentuk krim, pada mulanya hasil menakjubkan,
iaitu kulit cerah dan sekata. Namun, apabila saya berhenti menggunakannya,
timbul jerawat halus dan kulit nampak kusam. Adakah produk ini tidak sesuai
dengan kulit saya?


Untuk mendapatkan kulit cerah, ia bukan boleh diperoleh dengan segera. Sebagai pengguna,
kita haruslah curiga, sekiranya sesuatu produk itu mampu memberi kecerahan kulit dalam
waktu yang singkat.

Pada asasnya, contohnya krim pemutih adalah campuran bahan kimia bertujuan menghasilkan
wajah lebih pucat pada kulit. Dalam jangka lama, krim itu dapat menghilangkan atau mengurangi
hiperpigmentasi pada kulit.


KHUATIR PRODUK TIRUAN


Namun, penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara
kekal. Di pasaran terbuka, ada produk tiruan dijual pada harga murah yang berkemungkinan
besar tidak memberi kesan positif atau mungkin bersifat terlalu menghakis lapisan kulit untuk
memberikan hasil segera.
Ada pelbagai jenis krim pemutih di pasaran dan kandungan yang dibenarkan untuk
memutihkan kulit yang dihasilkan daripada pati soya, vitamin C, vitamin E, albutin, asid kojik,
liquorice dan mulberi.
Boleh dikatakan, hampir semua krim pemutih yang dijual di pasaran terbuka mengandungi
agen pemutih seperti hydrokuinon dan tretinoin pada paras kandungan yang tinggi untuk
memberi pengguna hasil yang menakjubkan dalam masa singkat.


Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon secara berlebihan melebihi
empat peratus dilaporkan memberi kesan sampingan seperti radang dan rasa panas pada
kulit.


Hidrokuinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazimnya digunakan dalam
proses mencuci foto cetak. Bahan ini sangat berbahaya walaupun ia berfungsi menjadikan
kulit cerah dalam tempoh yang singkat.


TAHUKAH ANDA ADA YANG TIDAK BERDAFTAR!


Pada tahun 2006, Pentadbiran Makanan dan Ubatubatan (FDA) di Amerika syarikat melarang
semua produk kosmetik mengandungi hidrokuinon kerana dianggap ubat-ubatan serta hanya
boleh dibeli di bawah pengawasan doktor saja, manakala di Indonesia, larangan itu mula
berkuatkuasa pada tahun 2008 dan di Filipina pula, pada awal 2009.


Sementara di Malaysia pula, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian
Kesihatan tidak mendaftarkan kosmetik mengandungi hidrokuinon dan produk ini
diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar.


Hidrokuinon berkemampuan memberikan hasil yang luar biasa dalam pembentukan melanin,
menjadikannya bahan kosmetik popular untuk pencerahan kulit dan diberi nama miracle
cream.


Malah, ahli dermatologi beranggapan hidrokuinon paling berkesan apabila digunakan empat
hingga 10 peratus sehingga menjadi satu-satunya pencerah kulit yang dipersetujui FDA
selama 20 tahun.
Namun, menyedari bahan ini membawa lebih kemudaratan berbanding manfaat, ia
diharamkan oleh FDA dan kini hanya di bawah empat peratus saja dibenarkan mengikut
pengawasan doktor.
Kandungan yang tidak terkawal yang dijual di pasaran ini boleh memberi kesan sampingan
berkekalan seperti alahan yang teruk, jeragat degil (tompok hitam yang leper di dalam lapisan
kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan jerawat.
Di samping itu, juga menjadikan kulit lebih sensitif apabila terkena sinar matahari secara terus.
Kulit yang menghadapi masalah selepas menggunakan produk tidak diiktiraf boleh dirawat,
namun ia akan mengambil masa lama dan bergantung kepada ketahanan kulit individu.
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN “CHEAP GIMMICK”


Antara kalian yang mengalami masalah kulit selepas penggunaan produk pemutihan
dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya serta merta dan segera berjumpa pakar
dermatologist. Sebelum rawatan, dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk sedia
ada selama sebulan sebelum proses rawatan dilakukan.
Pengguna dinasihatkan tidak terburu-buru menggunakan produk pemutih disebabkan ingin
mendapatkan kulit cerah tanpa mendapatkan pandangan pakar konsultant terlebih dulu.
Krim pencerah sepatutnya hanya mencerahkan kulit secara keseluruhan, namun langkah
pencegahan semula jadi yang perlu diambil adalah dengan mengelak daripada terdedah
terlalu lama di bawah sinaran matahari. Ini kerana cahaya matahari mengandungi sinaran
ultraungu (UV) A dan UVB yang berupaya menggelapkan kulit.
"Amalkan penggunaan krim pelindung matahari mengandungi SPF 50 ke atas dan gunakan
payung, topi atau penapis sinaran yang berkualiti pada cermin tingkap kereta yang mampu
menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit.
SKINCARE YANG DISYORKAN
Di pasaran ada skincare yang sesuai untuk kulit seperti bahan aktif arbutin dari esktrak pokok
mulberry dan peptide  yang tidak memudaratkan kulit walaupun diambil dalam tempoh lama,
manakala pengambilan makanan mengandungi vitamin itu sangat membantu melindungi
kulit daripada bermasalah.
Waspada ketika memilih produk pemutihan kulit dan pastikan ia disyorkan oleh pakar
bertauliah. Rawatan pemutihan kulit dengan produk kajian yang diiktiraf antarabangsa
adalah lebih berkesan dan selamat.




  

No comments:

Post a Comment