[FAKTA] ASAL USUL PENYEBAB JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya berbentuk tompokan kecil yang terdapat di bahagian dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar bibir. Warna jeragat biasanya lebih gelap dari warna asal kulit. Untuk mereka yang berkulit cerah, tompokan jeragat berwarna keperangan atau kecoklatan. Dan untuk mereka yang tona kulit lebih gelap, tompokan jeragat berwarna coklat gelap atau hitam.
.
Jeragat berpunca daripada melanin yang terdapat di dalam pigmen kulit dan tonanya berbeza bagi setiap individu. Sejenis sel yang terdapat di dalam lapisan kulit dipanggil 'melanocytes' menghasilkan melanin yang dipengaruhi oleh sinaran ultraviolet (UV).

Jeragat mula timbul sebagai bintik hitam dan lama kelamaan menjadi tompokan, dan jika tidak dirawat tompokan jeragat akan bersambung dengan jeragat lain menjadi lebih besar dan memenuhi keseluruhan wajah seseorang.

Apabila kulit banyak terdedah di bawah cahaya matahari, semakin banyak melanin dihasilkan. Ini kerana melanin melindungi sel kulit kita daripada rosak. Tetapi, apabila sel 'melanocytes' menjadi terlalu aktif, semakin banyak pigmen melanin dihasilkan dan mudah timbulnya jeragat.

Jeragat mudah timbul apabila usia kita meningkat kerana keupayaan badan menurun dalam menghasilkan kolagen di bawah lapisan kulit yang bekerja untuk merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Jadi untuk mereka yang lebih berusia dan tidak menetapkan rutin penjagaan kulit lebih terdedah kepada masalah jeragat.

Punca lain terjadinya jeragat, apabila sinar UV terkena pada bahagian kulit dapat menembusi kulit bahagian atas (epidermis) yang kaya dengan melanin dan terus ke lapisan kulit dalam (dermis) sehingga merosakkan dan membunuh sel kulit. Proses ini dapat merosakkan kulit dan melanin tadi sehingga menyebabkan elastisiti kulit berkurang.

Selain itu, kesan pengambilan ubatan terkawal seperti pil perancang dan juga pil hormon thyroid. Kesan pemakaian alat solek juga menjurus kepada terjadinya masalah jeragat. Alat solek yang tidak berkualiti dan bermutu rendah menghakis lapisan kulit dan melunturkan warna kulit, maka sinaran UV dengan mudahnya akan menembusi sel kulit.
.
Namun begitu, jangan bimbang kerana masalah jeragat tidak akan menyebabkan kanser kulit. Pakar dermatologi menyarankan rutin penjagaan kulit dititikberatkan dan menggunakan krim pelindungan sinar UV jika mengadakan aktiviti luar. Pengambilan makanan berkhasiat yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan antioksidan juga mampu mengawal risiko jeragat.

Kesan yang lebih cepat serta tanpa rawatan laser. Dapatkan nasihat pakar dermatologist.

No comments:
Post a Comment