Tuesday, 27 November 2018

BAHAN 'NATURAL' YANG DIGUNAKAN DALAM SKINCARE UNTUK KECANTIKAN JANGKA PANJANG.



Ramai yang kata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, kulit
yang selalu terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga biasa
menjadi punca munculnya jeragat.

Kini, penggunaan produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi
semakin digemari dan popular di kalangan pengguna. Ini adalah kerana
ramai pengguna beranggapan atau mempercayai bahawa produk
kosmetik sebegini adalah lebih selamat dan kurang atau tiada sebarang
kesan sampingan berbanding dengan produk kosmetik yang mengandungi
bahan sintetik.

Disebabkan ramai pengguna berfikiran bahawa bahan semulajadi menjamin
keselamatan, maka telah menjadi satu trend pengilang-pengilang produk
kosmetik berusaha untuk menggantikan bahan-bahan sintetik dengan
bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan produk kosmetik bagi
memenuhi kehendak pengguna.

Jadi, adakah produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi lebih
selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik? Ia tidak semestinya.
Bukan semua pengguna sesuai dengan produk kosmetik semulajadi
terutamanya pengguna yang berkulit sensitif. Ini adalah kerana
terdapat bahan semulajadi seperti minyak pati yang berasaskan
tumbuhan mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan irritasi
pada kulit seperti gatal-gatal dan kepedihan terhadap sesetengah individu.

Pendek kata, semua bahan samada bahan-bahan semulajadi atau sintetik
ada kebaikan dan keburukannya. Semua produk kosmetik yang mengandungi
bahan-bahan tersebut tidak terkecuali daripada penilaian keselamatan ke
atas kesihatan manusia secara menyeluruh seperti yang telah ditetapkan
dalam keperluan dan peraturan kosmetik di Malaysia bagi memastikan
keselamatan produk kosmetik.

Namun begitu tidak perlu risau kerana masih belum terlambat untuk melakukan
langkah - langkah pemulihan. Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat
100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan.

Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan
variasi krim dan serum pemudar jeragat, menggunakan ekstrak tumbuhan natural tanpa
menggunakan campuran bahan kimia yang terlarang.

Antaranya dengan menggunakan sumber tumbuhan seperti.

Mulberry

Adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari. Mulberry merupakan
tumbuhan asli yang terkenal di Jepun. Bahkan manfaat buah ini untuk kecantikan kulit
sebenarnya telah dikenal sejak lama.

Kandungan nutrisi dan anti-oksidannya memiliki banyak manfaat bagi kulit, Mulberry
memiliki kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melawan "aneka"
radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan.


Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry mampu mengurangkan
bintik-bintik gelap diwajah dengan penggunaan secara teratur.

Anthocyanin ialah sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang kuat dan jarang ada dalam buah lain, fungsinya mampu memperkuatkan daya ketahanan kulit dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah.

Ini antara sebab kenapa esktrak buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan
dan produk pencerahan.

Alpha Mangostin

Alpha mangostin atau dikenali dengan nama Alpha Mags ialah satu bahan yang didapati dari ekstrak kulit manggisKulit manggis yang mengandungi pelbagai zat seperti xanthone, alpha mangosteen, beta mangosteen, antosianin, dan lain-lain sememangnya diperakui tinggi anti oksidan.


Zat-zat ini berperanan aktif dalam membentuk sistem kekebalan tubuh, anti inflamasi, anti bakteria, termasuk untuk kecantikan, dan banyak lagi.

Didapati mampu mengawal aktiviti penghasilan melanin, berkesan mencerahkan kulit dengan selamat berbanding ejen aktif lain selain mempunyai khasiat terbaik untuk merawat kebanyakan masalah kulit wajah.

Peptide

Peptide  diperkasakan dengan penggalak kolagen, berfungsi meningkatkan
tahap kolagen & elastin kulit sehingga 50% lebih tinggi untuk keanjalan kulit seumpama
usia remaja. Mengehadkan konsentrasi melanin sangat exclusive pernah memenangi anugerah
antarabangsa.

Pencerahan intensif lebih tepat dan spesifik pada tompok jeragat dengan konsentrasi
peptida pencerah yang tinggi.

Dalam satu kajian membabitkan 23 sukarelawan berumur 33-55 tahun menggunakan krim mengandungi 5% bahan aktif selama 56 hari, menunjukkan kesan ketara selepas 4 minggu dengan 100% mengakui perubahan pada kulit.

Aloe Vera

Kini banyak syarikat kosmetik menggunakan gel dan bahan-bahan daripada lidah buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel lidah buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Khasiat lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Gel daripada lidah buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan gel lidah buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah.


Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa proses penyembuhan luka terbakar, parut atau keradangan akibat jerawat yang sederhana atau yang teruk tidak ambil masa lama untuk sembuh apabila luka selalu disapu dengan gel lidah buaya. Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel lidah buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh.

Arbutin

Arbutin yang sering digunakan dalam serum pemutih wajah dan krim ataupun masker pemutih wajah yang begitu terkenal di Jepun sebagai ajen pencerahan berasal daripada pokok Mulberry.
Malah brand terkenal Jepun iaitu Shiseido juga menggunakan arbutin sebagai bahan aktif dalam produk whitening mereka. Fungsi Arbutin jauh lebih hebat dari 'hidroqunion'.

Arbutin berfungsi menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakan pembetukkan melanin iaitu pigment pada kulit).

Jenis arbutin yang berkembang dalam industri kecantikan ada 2 jenis. Alpha arbutin dan beta arbutin. 

1. Alpha Arbutin

Alpha Arbutin lebih sering digunakan pada skincare pemutih kulit berbanding dengan Beta Arbutin. Secara umumnya diperolei dari pokok mulberry. Fungsinya untuk memberikan wajah cerah semulajadi tanpa celaan dengan mengurangkan kesan jeragat, parut serta memberikan tona kulit lebih sekata

Alpha Arbutin ini turut memberi kelembapan pada kulit wajah. Menurut beberapa penelitian, Alpha Arbutin bertindak lebih optimal berbanding dari Beta Arbutin. 
2. Beta Arbutin
Beta Arbutin adalah turunan dari Alpha Arbutin. Beta Arbutin ini memiliki manfaat utama menghalang hiperpigmentasi kulit, memudarkan flek hitam, mengatasi wajah kusam dan tentunya membuat warna kulit jadi lebih cerah merata. Beta Arbutin juga diperoleh secara alami dari pokok mulberry. Namun khasiat dari Beta Arbutin ini tidak sehebat Alpha Arbutin.
Memang ramai yang menggunakan arbutin di dalam produk, tetapi tidak ramai yang menggunakan alpha arbutin di dalam produk. Ini kerana alpha arbutin adalah jauh lebih mahal daripada beta arbutin.

Ujian klinikal membabitkan 60 sukarelawan menggunakan krim mengandungi 1% alpha arbutin menunjukkan kesan pencerahan yang lebih baik berbanding beta arbutin, kojic acid dan Hydroquinone dalam tempoh 1 bulan. Kesan alpha arbutin kekal dalam tempoh kajian selama 3 bulan.

Arbutin tidak merosakkan sel kulit seperti hydrokuinon dan merkuri yang bukan sahaja memusnahkan sel-sel kulit yang sihat malah meningkatkan kandungan toksik di dalam sel.

Arbutin membantu menyekat penghasilan pigmentasi kulit dengan berkesan melalui kajian in-vitro. malah penggunaan secara konsisten mampu memberi kesan pencerahan kepada kulit.

Selain itu, terdapat kompaun aktif lain yang kerap digunakan dalam produk whitening. Diantaranya adalah:
Niacinamide
Niacinamide atau juga dikenal nicotinic acid adalah nama lain dari vitamin B3. Niacinamide ini juga sering ditemukan pada produk brightening skincare. Fungsinya adalah melembabkan wajah dengan cara merangsang ceramide (lapisan lemak) pada kulit. Selain itu juga membantu meningkatkan keanjalan kulit serta mencerahkan wajah.
Alpha Hydroxy Acid (AHA)

Alpha hydroxy acid (AHA) ini juga tidak jarang digunakan dalam penjagaan kulit tempatan dan jangka panjang. Fungsinya adalah untuk membantu pertumbuhan semula sel-sel kulit dan menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik gelap.

Asid askorbik
Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C. ianya ini sering digunakan sebagai bahan aktif untuk produk serum pemutih wajah. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang berkesan melindungi kulit dari pendedahan kepada radikal bebas. Vitamin C adalah kunci kepada tips untuk kecantikan.

Kojic Acid

Asid kojik biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit Jepun. Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Bahan aktif ini memainkan peranan dalam menghalang pigmen kulit yang berlebihan. 

Pada awalnya asid kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan asid kojik memyebabkan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. 

Kajian menunjukkan kojik sesuai untuk kulit pigmentasi seperti melasma dan bintik hitam. Sifat kojik yang berasid, mungkin berasa gatal sedikit diperingkat awal penggunaan. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin. 

Berikut serba sedikit huraian mengenai bahan pencerah dalam skincare. Semoga semua maklumat ini dapat manfaat dan menambah pengetahuan tentang dunia skincare. Kami memahami kerisauan anda kerana pelbagai produk di dalam pasaran yang semakin mengelirukan.
Semoga dengan perkongsian ini memberi pengetahuan pada semua.

Sila shared jika ia bermanfaat. :)

Monday, 26 November 2018

JERAGAT DARI KACA MATA PAKAR DERMATOLOGIST.

Nak Dapatkan Kulit Bebas Jeragat?


Tidak hairan jika wanita akan mencuba pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran
yang menjanjikan kulit gebu dan licin, putih, menanggalkan bintik hitam, jerawat, jeragat,
kedut dan sebagainya.
Setiap wanita impikan kulit yang halus, gebu dan cerah bagi memastikan penampilan lebih
menyerlahkan kejelitaan dan menawan.
Banyak wang ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Tetapi malangnya di dalam beberapa kes,
bukan bertambah cantik tetapi menjadi rosak, lebih teruk daripada yang asal. Lebih malang
lagi kesihatan diri turut terjejas.
Semuanya ini memang berlaku setiap hari kerana ketidakprihatinan kita pengguna yang membeli produk kecantikan yang tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, tanpa usul periksa.
Jangan terpedaya
Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah penjual yang kononnya produk mereka mampu
sembuhkan penyakit anda kerana kemungkinan produk itu akan burukkan lagi tahap
kesihatan anda.
Kedua, pastikan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini untuk memastikan produk diambil bebas daripada bahan terlarang. Sekurang-kurangnya
boleh mengurangkan risiko kesihatan.
Ketiga, perhatikan kandungan dan dos bahan. Jika ada bahan terlarang di dalamnya.
Kesimpulannya, jangan memudaratkan diri sendiri. Sesungguhnya kecantikan fizikal penting
untuk penampilan berkarisma.
Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan dan kesihatan yang banyak di pasaran. Pastikan produk yang diyakini dan disuggestkan oleh pakar dermatologist.
Menurut Pengarah Urusan
Info : Memutihkan kulit menggunakan bahan semula jadi:
1. Limau - mengandungi vitamin C boleh membantu menghapuskan parut hitam di muka.
2. Betik- kaya dengan nutrien seperti Vitamin C
3. Tomato - kandungan likopen dapat membetulkan tekstur dan mengekalkan keremajaan
4. Beras - mengandung pitera yang banyak ada di produk kecantikan berharga
5.  Lidah buaya - mengelakkan jeragat dan memulihkan warna kulit muka semula jadi kulit.
6. Soya mengandungi - isoflavon boleh mengelakkan penuaan awal.


KESAN BAHAN KIMIA PRODUK KECANTIKAN



BAHAN KIMIA PRODUK KECANTIKAN

Ketika ini lambakan produk kecantikan di pasaran. Masing-masing mendakwa mereka yang
terbaik untuk kulit bersih jelita. Apakah bahan yang patut kita ketahui berbahaya pada produk
dikeluarkan terutamanya JERAGAT.


Apabila kita ingin mengguna produk kecantikan untuk kulit wajah, kita sering keliru atau
tertanya-tanya pada diri sendiri pelbagai persoalan bermain di minda.


Setengah dari kita tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana khuatir kulit muka akan
mengalami kerosakan. Perlu diingatkan apabila membeli produk untuk kulit muka perlu baca
setiap bahan kandungan produk terbabit.


Ada setengah produk muka nampak perubahan ketara apabila digunakan dan ada yang tidak
sampai seminggu mengakibatkan radang di wajah. Perubahan yang sangat cepat bergantung
pada kandungan bahan dalam produk itu.


Yang penting kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti yang
tertera di bawah.



Raksa atau merkuri

Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon. Lazimnya digunakan dalam produk kecantikan sebagai agen pemutih kulit wajah. Penggunaannya boleh memberi kesan kepada kelunturan warna asal kulit individu.
Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana mudah menyerap ke dalam saluran
darah.
Kesan penggunaan raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan
otak, mematikan sel darah dan mencacat janin.


Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
Triethanolamine
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan Ph dan sebagai asas bagi banyak
produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.
Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara
ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat
yang dijual di laman sosial.
Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka,
krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada 'harga berpatutan'.
Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual
secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.
Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina
itu digunakan secara berleluasa.
Haruman sintetik
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia
berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh
diserap dalam aliran darah melalui kulit.
Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam,
hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.
Tip mengesan produk meragukan
1. Produk membuat tuntutan luar biasa seperti mencerahkan kulit dalam masa yang singkat.
Ini tidak boleh dipercayai kerana bahan yang selamat memerlukan masa yang lebih lama
untuk bertindak pada kulit.
2. Produk dijual dengan harga yang sangat rendah berbanding produk yang sama di pasaran.
3. Produk dijual di kedai yang juga menjual barang bukan kosmetik dan dilonggokkan.
4. Pembungkusan produk dalam tulisan yang tidak difahami atau terdapat kesalahan ejaan
walaupun dalam Bahasa Inggeris.
5. Produk tidak tertera padanya pengilang, pengedar, senarai bahan dan tarikh luput.
6. Produk tidak berkualiti apabila digunakan.


Sunday, 25 November 2018

APAKAH CARA PALING TEPAT MEMILIH PRODUK JERAGAT YANG SESUAI MENGIKUT JENIS KULIT.

Saya pernah mencuba dalam bentuk krim, pada mulanya hasil menakjubkan,
iaitu kulit cerah dan sekata. Namun, apabila saya berhenti menggunakannya,
timbul jerawat halus dan kulit nampak kusam. Adakah produk ini tidak sesuai
dengan kulit saya?


Untuk mendapatkan kulit cerah, ia bukan boleh diperoleh dengan segera. Sebagai pengguna,
kita haruslah curiga, sekiranya sesuatu produk itu mampu memberi kecerahan kulit dalam
waktu yang singkat.

Pada asasnya, contohnya krim pemutih adalah campuran bahan kimia bertujuan menghasilkan
wajah lebih pucat pada kulit. Dalam jangka lama, krim itu dapat menghilangkan atau mengurangi
hiperpigmentasi pada kulit.


KHUATIR PRODUK TIRUAN


Namun, penggunaan secara berterusan akan menimbulkan pigmentasi dengan kesan secara
kekal. Di pasaran terbuka, ada produk tiruan dijual pada harga murah yang berkemungkinan
besar tidak memberi kesan positif atau mungkin bersifat terlalu menghakis lapisan kulit untuk
memberikan hasil segera.
Ada pelbagai jenis krim pemutih di pasaran dan kandungan yang dibenarkan untuk
memutihkan kulit yang dihasilkan daripada pati soya, vitamin C, vitamin E, albutin, asid kojik,
liquorice dan mulberi.
Boleh dikatakan, hampir semua krim pemutih yang dijual di pasaran terbuka mengandungi
agen pemutih seperti hydrokuinon dan tretinoin pada paras kandungan yang tinggi untuk
memberi pengguna hasil yang menakjubkan dalam masa singkat.


Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi hidrokuinon secara berlebihan melebihi
empat peratus dilaporkan memberi kesan sampingan seperti radang dan rasa panas pada
kulit.


Hidrokuinon adalah zat reduktor yang mudah larut dalam air dan lazimnya digunakan dalam
proses mencuci foto cetak. Bahan ini sangat berbahaya walaupun ia berfungsi menjadikan
kulit cerah dalam tempoh yang singkat.


TAHUKAH ANDA ADA YANG TIDAK BERDAFTAR!


Pada tahun 2006, Pentadbiran Makanan dan Ubatubatan (FDA) di Amerika syarikat melarang
semua produk kosmetik mengandungi hidrokuinon kerana dianggap ubat-ubatan serta hanya
boleh dibeli di bawah pengawasan doktor saja, manakala di Indonesia, larangan itu mula
berkuatkuasa pada tahun 2008 dan di Filipina pula, pada awal 2009.


Sementara di Malaysia pula, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian
Kesihatan tidak mendaftarkan kosmetik mengandungi hidrokuinon dan produk ini
diklasifikasikan sebagai produk tidak berdaftar.


Hidrokuinon berkemampuan memberikan hasil yang luar biasa dalam pembentukan melanin,
menjadikannya bahan kosmetik popular untuk pencerahan kulit dan diberi nama miracle
cream.


Malah, ahli dermatologi beranggapan hidrokuinon paling berkesan apabila digunakan empat
hingga 10 peratus sehingga menjadi satu-satunya pencerah kulit yang dipersetujui FDA
selama 20 tahun.
Namun, menyedari bahan ini membawa lebih kemudaratan berbanding manfaat, ia
diharamkan oleh FDA dan kini hanya di bawah empat peratus saja dibenarkan mengikut
pengawasan doktor.
Kandungan yang tidak terkawal yang dijual di pasaran ini boleh memberi kesan sampingan
berkekalan seperti alahan yang teruk, jeragat degil (tompok hitam yang leper di dalam lapisan
kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan jerawat.
Di samping itu, juga menjadikan kulit lebih sensitif apabila terkena sinar matahari secara terus.
Kulit yang menghadapi masalah selepas menggunakan produk tidak diiktiraf boleh dirawat,
namun ia akan mengambil masa lama dan bergantung kepada ketahanan kulit individu.
JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN “CHEAP GIMMICK”


Antara kalian yang mengalami masalah kulit selepas penggunaan produk pemutihan
dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya serta merta dan segera berjumpa pakar
dermatologist. Sebelum rawatan, dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk sedia
ada selama sebulan sebelum proses rawatan dilakukan.
Pengguna dinasihatkan tidak terburu-buru menggunakan produk pemutih disebabkan ingin
mendapatkan kulit cerah tanpa mendapatkan pandangan pakar konsultant terlebih dulu.
Krim pencerah sepatutnya hanya mencerahkan kulit secara keseluruhan, namun langkah
pencegahan semula jadi yang perlu diambil adalah dengan mengelak daripada terdedah
terlalu lama di bawah sinaran matahari. Ini kerana cahaya matahari mengandungi sinaran
ultraungu (UV) A dan UVB yang berupaya menggelapkan kulit.
"Amalkan penggunaan krim pelindung matahari mengandungi SPF 50 ke atas dan gunakan
payung, topi atau penapis sinaran yang berkualiti pada cermin tingkap kereta yang mampu
menghalang sinaran UV daripada menembusi kulit.
SKINCARE YANG DISYORKAN
Di pasaran ada skincare yang sesuai untuk kulit seperti bahan aktif arbutin dari esktrak pokok
mulberry dan peptide  yang tidak memudaratkan kulit walaupun diambil dalam tempoh lama,
manakala pengambilan makanan mengandungi vitamin itu sangat membantu melindungi
kulit daripada bermasalah.
Waspada ketika memilih produk pemutihan kulit dan pastikan ia disyorkan oleh pakar
bertauliah. Rawatan pemutihan kulit dengan produk kajian yang diiktiraf antarabangsa
adalah lebih berkesan dan selamat.