Tuesday, 18 December 2018

BAHAN 'NATURAL' YANG DIGUNAKAN DALAM SKINCARE UNTUK KECANTIKAN JANGKA PANJANG.

Ramai yang berkata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, kulit
yang terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga biasa
menjadi punca kemunculan jeragat ini.

Kini, penggunaan produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi
semakin digemari dan popular di kalangan pengguna. Ini adalah kerana
ramai pengguna beranggapan atau mempercayai bahawa produk
kosmetik sebegini adalah lebih selamat dan kurang atau tiada sebarang
kesan sampingan berbanding dengan produk kosmetik yang mengandungi
bahan sintetik.

Disebabkan ramai pengguna berfikiran bahawa bahan semulajadi menjamin
keselamatanmaka telah menjadi satu trend pengilang-pengilang produk
kosmetik berusaha untuk menggantikan bahan-bahan sintetik dengan
bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan produk kosmetik bagi
memenuhi kehendak pengguna.

Jadi, adakah produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi lebih
selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik? Ia tidak semestinya.
Bukan semua pengguna sesuai dengan produk kosmetik semulajadi
terutamanya pengguna yang berkulit sensitif. Ini adalah kerana
terdapat bahan semulajadi seperti minyak pati yang berasaskan
tumbuhan mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan irritasi
pada kulit seperti gatal-gatal dan kepedihan terhadap sesetengah individu.

Pendek kata, semua bahan samada bahan-bahan semulajadi atau sintetik
ada kebaikan dan keburukannya. Semua produk kosmetik yang mengandungi
bahan-bahan tersebut tidak terkecuali daripada penilaian keselamatan ke
atas kesihatan manusia secara menyeluruh seperti yang telah ditetapkan
dalam keperluan dan peraturan kosmetik di Malaysia bagi memastikan
keselamatan produk kosmetik.

Namun begitu tidak perlu risau kerana masih belum terlambat untuk melakukan
langkah - langkah pemulihan. Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat
100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan.

Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan
variasi krim dan serum pemudar jeragat, menggunakan ekstrak tumbuhan natural tanpa
menggunakan campuran bahan kimia yang terlarang.

Antaranya dengan menggunakan sumber tumbuhan seperti.

Mulberry

Adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari. Mulberry merupakan
tumbuhan asli yang terkenal di Jepun. Bahkan manfaat buah ini untuk kecantikan kulit
sebenarnya telah dikenal sejak lama.

Kandungan nutrisi dan anti-oksidannya memiliki banyak manfaat bagi kulit, Mulberry
memiliki kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melawan "aneka"
radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan.

Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry mampu mengurangkan
bintik-bintik gelap diwajah dengan penggunaan secara teratur.

Anthocyanin ialah sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang kuat dan jarang ada dalam buah lain, fungsinya mampu memperkuatkan daya ketahanan kulit dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah.

Ini antara sebab kenapa esktrak buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan
dan produk pencerahan.

Alpha Mangostin

Alpha mangostin atau dikenali dengan nama Alpha Mags ialah satu bahan yang didapati dari ekstrak kulit manggis. Kulit manggis yang mengandungi pelbagai zat seperti xanthone, alpha mangosteen, beta mangosteen, antosianin, dan lain-lain sememangnya diperakui tinggi anti oksidan.

Zat-zat ini berperanan aktif dalam membentuk sistem kekebalan tubuh, anti inflamasi, anti bakteria, termasuk untuk kecantikan, dan banyak lagi.

Didapati mampu mengawal aktiviti penghasilan melanin, berkesan mencerahkan kulit dengan selamat berbanding ejen aktif lain selain mempunyai khasiat terbaik untuk merawat kebanyakan masalah kulit wajah.

Peptide

Peptide  diperkasakan dengan penggalak kolagen, berfungsi meningkatkan
tahap kolagen & elastin kulit sehingga 50% lebih tinggi untuk keanjalan kulit seumpama
usia remaja. Mengehadkan konsentrasi melanin sangat exclusive pernah memenangi anugerah
antarabangsa.

Pencerahan intensif lebih tepat dan spesifik pada tompok jeragat dengan konsentrasi
peptida pencerah yang tinggi.

Dalam satu kajian membabitkan 23 sukarelawan berumur 33-55 tahun menggunakan krim mengandungi 5% bahan aktif selama 56 hari, menunjukkan kesan ketara selepas 4 minggu dengan 100% mengakui perubahan pada kulit.

Aloe Vera

Kini banyak syarikat kosmetik menggunakan gel dan bahan-bahan daripada lidah buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel lidah buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.


Khasiat lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Gel daripada lidah buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan gel lidah buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah.

Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa proses penyembuhan luka terbakar, parut atau keradangan akibat jerawat yang sederhana atau yang teruk tidak ambil masa lama untuk sembuh apabila luka selalu disapu dengan gel lidah buaya. Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel lidah buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh.

Arbutin

Arbutin yang sering digunakan dalam serum pemutih wajah dan krim ataupun masker pemutih wajah yang begitu terkenal di Jepun sebagai ajen pencerahan berasal daripada pokok Mulberry.
Malah brand terkenal Jepun iaitu Shiseido juga menggunakan arbutin sebagai bahan aktif dalam produk whitening mereka. Fungsi Arbutin jauh lebih hebat dari 'hidroqunion'.

Arbutin berfungsi menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakan pembetukkan melanin iaitu pigment pada kulit).

Jenis arbutin yang berkembang dalam industri kecantikan ada 2 jenis. Alpha arbutin dan beta arbutin. 

1. Alpha Arbutin

Alpha Arbutin lebih sering digunakan pada skincare pemutih kulit berbanding dengan Beta Arbutin. Secara umumnya diperolei dari pokok mulberry. Fungsinya untuk memberikan wajah cerah semulajadi tanpa celaan dengan mengurangkan kesan jeragat, parut serta memberikan tona kulit lebih sekata. 
Alpha Arbutin ini turut memberi kelembapan pada kulit wajah. Menurut beberapa penelitian, Alpha Arbutin bertindak lebih optimal berbanding dari Beta Arbutin. 
2. Beta Arbutin
Beta Arbutin adalah turunan dari Alpha Arbutin. Beta Arbutin ini memiliki manfaat utama menghalang hiperpigmentasi kulit, memudarkan flek hitam, mengatasi wajah kusam dan tentunya membuat warna kulit jadi lebih cerah merata. Beta Arbutin juga diperoleh secara alami dari pokok mulberry. Namun khasiat dari Beta Arbutin ini tidak sehebat Alpha Arbutin.
Memang ramai yang menggunakan arbutin di dalam produk, tetapi tidak ramai yang menggunakan alpha arbutin di dalam produk. Ini kerana alpha arbutin adalah jauh lebih mahal daripada beta arbutin.

Ujian klinikal membabitkan 60 sukarelawan menggunakan krim mengandungi 1% alpha arbutin menunjukkan kesan pencerahan yang lebih baik berbanding beta arbutin, kojic acid dan Hydroquinone dalam tempoh 1 bulan. Kesan alpha arbutin kekal dalam tempoh kajian selama 3 bulan.

Arbutin tidak merosakkan sel kulit seperti hydrokuinon dan merkuri yang bukan sahaja memusnahkan sel-sel kulit yang sihat malah meningkatkan kandungan toksik di dalam sel.

Arbutin membantu menyekat penghasilan pigmentasi kulit dengan berkesan melalui kajian in-vitro. malah penggunaan secara konsisten mampu memberi kesan pencerahan kepada kulit.

Selain itu, terdapat kompaun aktif lain yang kerap digunakan dalam produk whitening. Diantaranya adalah:
Niacinamide
Niacinamide atau juga dikenal nicotinic acid adalah nama lain dari vitamin B3. Niacinamide ini juga sering ditemukan pada produk brightening skincare. Fungsinya adalah melembabkan wajah dengan cara merangsang ceramide (lapisan lemak) pada kulit. Selain itu juga membantu meningkatkan keanjalan kulit serta mencerahkan wajah.
Alpha Hydroxy Acid (AHA)

Alpha hydroxy acid (AHA) ini juga tidak jarang digunakan dalam penjagaan kulit tempatan dan jangka panjang. Fungsinya adalah untuk membantu pertumbuhan semula sel-sel kulit dan menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik gelap.

Asid askorbik
Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C. ianya ini sering digunakan sebagai bahan aktif untuk produk serum pemutih wajah. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang berkesan melindungi kulit dari pendedahan kepada radikal bebas. Vitamin C adalah kunci kepada tips untuk kecantikan.

Kojic Acid

Asid kojik biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit Jepun. Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Bahan aktif ini memainkan peranan dalam menghalang pigmen kulit yang berlebihan. 

Pada awalnya asid kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan asid kojik memyebabkan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. 

Kajian menunjukkan kojik sesuai untuk kulit pigmentasi seperti melasma dan bintik hitam. Sifat kojik yang berasid, mungkin berasa gatal sedikit diperingkat awal penggunaan. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin. 

Berikut serba sedikit huraian mengenai bahan pencerah dalam skincare. Semoga semua maklumat ini dapat manfaat dan menambah pengetahuan tentang dunia skincare. Kami memahami kerisauan anda kerana pelbagai produk di dalam pasaran yang semakin mengelirukan.
Semoga bermanfaat dengan perkongsian ini. :)


Saturday, 8 December 2018

IMMEDIATE EFFECTS PRODUCTS! APA NASIHAT PAKAR?



Produk mengandungi bahan terlarang atau beracun memberi kesan segera. Ia mengembirakan pengguna
Pasaran negara kini dilambakkan dengan pelbagai jenama produk kecantikan.
Jika dulu, hanya iklan jenama import muncul di kaca televisyen, tetapi kini
produk kecantikan tempatan dapat bersaing dengan iklan jenama luar dari
segi kekerapan siaran.
Tidak dinafikan usahawan mendapat hasil lumayan daripada jualan produk
kepada pengguna yang mendambakan kecantikan, sesetengahnya tanpa
risaukan kandungan bahannya. Pengusaha pula tidak mengenal usia,
malah golongan muda seawal 20-an pun berjaya menjadi pengeluar.
Tidak hairan jika ia menimbulkan keraguan di hati sesetengah pihak.
Sejauh manakah ilmu dan kefahaman pengusaha dalam bidang formulasi
bahan produk kecantikan serta kesannya?
Memang ada banyak jenama tempatan di pasaran, kebanyakannya bergantung
kepada kepakaran pihak lain untuk melakukan kajian dan penyelidikan. Namun
lebih malang apabila mereka sendiri tidak mengetahui tahap keselamatan
kandungan bahan yang digunakan. Masalah timbul pada produk yang
membabitkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidroquinon,
tritenoin dan seumpamanya kerana ia boleh merosakkan kulit.
Semua produk yang dihasilkan pada dasarnya wajib mendapat kelulusan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), walaupun produk daripada
bahan apa sekalipun termasuk kimia mestilah pada kadar selamat untuk
kegunaan di kulit. Masalahnya di negara ini, penguatkuasaan belum begitu
ketat dari segi pemantauan penggunaan bahan dalam produk kecantikan
sedangkan peraturan di negara seperti Eropah, Jepun dan Korea sangat ketat.
Misalnya sesetengah bahan seperti asid kojic masih diguna berleluasa di
negara ini, tetapi diharamkan penggunaannya di negara berkenaan.

Mengapa produk yang mendapat kelulusan KKM, kemudian ditarik balik
daripada pasaran?

Ia sering berlaku sewaktu penghantaran sampel produk untuk permohonan
selamat, tetapi mungkin bahan terlarang dimasukkan kemudian iaitu di
peringkat pengilangan.

Ini kerana pengguna gemarkan produk yang memberi kesan ketara pada
kadar segera, justeru, harus berhati-hati memilih produk.

Kesan guna produk kosmetik mengandungi bahan terlarang? Apakah
pula perbezaan menggunakan produk bersumberkan bahan semula jadi?

Produk mengandungi bahan terlarang atau beracun memberi kesan segera.
Ia mengembirakan pengguna, namun tanpa disedari bahan itu sebenarnya
menghakis lapisan kulit yang mengandungi melanin. Pigmen melanin memang
membuatkan kulit gelap, tetapi ia penting sebagai pelindung lapisan kulit bawah.
Penggunaan berterusan boleh membuatkan kulit terkopek atau koyak. Apabila
lapisan melanin terhakis bermakna permukaan kulit sudah rosak, tiada lagi
perlindungan terhadap sinaran UV, justeru, ia sukar dipulihkan. Ini seterusnya
mendedahkan lapisan kulit bawah yang sensitif terhadap cahaya. Lama-kelamaan,
boleh timbul kesan hitam atau jeragat tebal. Apabila kulit sudah nipis, individu
berkenaan pantang terdedah kepada cuaca panas dan sinaran UV bagi mengelak
masalah lebih teruk. Kesan paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan
keradangan dan kanser kulit.
Maksudnya, produk berasaskan bahan kimia berbahaya tidak bertindak mencantikkan
kulit secara semula jadi, sementara penggunaan sumber alam bertindak dengan
cara memulihkan iaitu menggantikan sel lama dengan yang baru serta merawat
secara semula jadi dari dalam.


Pengguna boleh membuat semakan sendiri dengan merujuk kepada laman sesawang
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang menyenaraikan produk
disahkan mempunyai bahan beracun dan dilarang, http://npra.moh.gov.my/ dan
semak di bawah tajuk kosmetik.

Tuesday, 27 November 2018

BAHAN 'NATURAL' YANG DIGUNAKAN DALAM SKINCARE UNTUK KECANTIKAN JANGKA PANJANG.



Ramai yang kata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, kulit
yang selalu terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga biasa
menjadi punca munculnya jeragat.

Kini, penggunaan produk kosmetik yang berunsurkan bahan semulajadi
semakin digemari dan popular di kalangan pengguna. Ini adalah kerana
ramai pengguna beranggapan atau mempercayai bahawa produk
kosmetik sebegini adalah lebih selamat dan kurang atau tiada sebarang
kesan sampingan berbanding dengan produk kosmetik yang mengandungi
bahan sintetik.

Disebabkan ramai pengguna berfikiran bahawa bahan semulajadi menjamin
keselamatan, maka telah menjadi satu trend pengilang-pengilang produk
kosmetik berusaha untuk menggantikan bahan-bahan sintetik dengan
bahan-bahan semulajadi dalam penghasilan produk kosmetik bagi
memenuhi kehendak pengguna.

Jadi, adakah produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi lebih
selamat dan merupakan pilihan yang lebih baik? Ia tidak semestinya.
Bukan semua pengguna sesuai dengan produk kosmetik semulajadi
terutamanya pengguna yang berkulit sensitif. Ini adalah kerana
terdapat bahan semulajadi seperti minyak pati yang berasaskan
tumbuhan mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan irritasi
pada kulit seperti gatal-gatal dan kepedihan terhadap sesetengah individu.

Pendek kata, semua bahan samada bahan-bahan semulajadi atau sintetik
ada kebaikan dan keburukannya. Semua produk kosmetik yang mengandungi
bahan-bahan tersebut tidak terkecuali daripada penilaian keselamatan ke
atas kesihatan manusia secara menyeluruh seperti yang telah ditetapkan
dalam keperluan dan peraturan kosmetik di Malaysia bagi memastikan
keselamatan produk kosmetik.

Namun begitu tidak perlu risau kerana masih belum terlambat untuk melakukan
langkah - langkah pemulihan. Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat
100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan.

Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan
variasi krim dan serum pemudar jeragat, menggunakan ekstrak tumbuhan natural tanpa
menggunakan campuran bahan kimia yang terlarang.

Antaranya dengan menggunakan sumber tumbuhan seperti.

Mulberry

Adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari. Mulberry merupakan
tumbuhan asli yang terkenal di Jepun. Bahkan manfaat buah ini untuk kecantikan kulit
sebenarnya telah dikenal sejak lama.

Kandungan nutrisi dan anti-oksidannya memiliki banyak manfaat bagi kulit, Mulberry
memiliki kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melawan "aneka"
radikal bebas di kulit yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan.


Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry mampu mengurangkan
bintik-bintik gelap diwajah dengan penggunaan secara teratur.

Anthocyanin ialah sejenis antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang kuat dan jarang ada dalam buah lain, fungsinya mampu memperkuatkan daya ketahanan kulit dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah.

Ini antara sebab kenapa esktrak buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan
dan produk pencerahan.

Alpha Mangostin

Alpha mangostin atau dikenali dengan nama Alpha Mags ialah satu bahan yang didapati dari ekstrak kulit manggisKulit manggis yang mengandungi pelbagai zat seperti xanthone, alpha mangosteen, beta mangosteen, antosianin, dan lain-lain sememangnya diperakui tinggi anti oksidan.


Zat-zat ini berperanan aktif dalam membentuk sistem kekebalan tubuh, anti inflamasi, anti bakteria, termasuk untuk kecantikan, dan banyak lagi.

Didapati mampu mengawal aktiviti penghasilan melanin, berkesan mencerahkan kulit dengan selamat berbanding ejen aktif lain selain mempunyai khasiat terbaik untuk merawat kebanyakan masalah kulit wajah.

Peptide

Peptide  diperkasakan dengan penggalak kolagen, berfungsi meningkatkan
tahap kolagen & elastin kulit sehingga 50% lebih tinggi untuk keanjalan kulit seumpama
usia remaja. Mengehadkan konsentrasi melanin sangat exclusive pernah memenangi anugerah
antarabangsa.

Pencerahan intensif lebih tepat dan spesifik pada tompok jeragat dengan konsentrasi
peptida pencerah yang tinggi.

Dalam satu kajian membabitkan 23 sukarelawan berumur 33-55 tahun menggunakan krim mengandungi 5% bahan aktif selama 56 hari, menunjukkan kesan ketara selepas 4 minggu dengan 100% mengakui perubahan pada kulit.

Aloe Vera

Kini banyak syarikat kosmetik menggunakan gel dan bahan-bahan daripada lidah buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel lidah buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Khasiat lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema. Gel daripada lidah buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan gel lidah buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah.


Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa proses penyembuhan luka terbakar, parut atau keradangan akibat jerawat yang sederhana atau yang teruk tidak ambil masa lama untuk sembuh apabila luka selalu disapu dengan gel lidah buaya. Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel lidah buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh.

Arbutin

Arbutin yang sering digunakan dalam serum pemutih wajah dan krim ataupun masker pemutih wajah yang begitu terkenal di Jepun sebagai ajen pencerahan berasal daripada pokok Mulberry.
Malah brand terkenal Jepun iaitu Shiseido juga menggunakan arbutin sebagai bahan aktif dalam produk whitening mereka. Fungsi Arbutin jauh lebih hebat dari 'hidroqunion'.

Arbutin berfungsi menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakan pembetukkan melanin iaitu pigment pada kulit).

Jenis arbutin yang berkembang dalam industri kecantikan ada 2 jenis. Alpha arbutin dan beta arbutin. 

1. Alpha Arbutin

Alpha Arbutin lebih sering digunakan pada skincare pemutih kulit berbanding dengan Beta Arbutin. Secara umumnya diperolei dari pokok mulberry. Fungsinya untuk memberikan wajah cerah semulajadi tanpa celaan dengan mengurangkan kesan jeragat, parut serta memberikan tona kulit lebih sekata

Alpha Arbutin ini turut memberi kelembapan pada kulit wajah. Menurut beberapa penelitian, Alpha Arbutin bertindak lebih optimal berbanding dari Beta Arbutin. 
2. Beta Arbutin
Beta Arbutin adalah turunan dari Alpha Arbutin. Beta Arbutin ini memiliki manfaat utama menghalang hiperpigmentasi kulit, memudarkan flek hitam, mengatasi wajah kusam dan tentunya membuat warna kulit jadi lebih cerah merata. Beta Arbutin juga diperoleh secara alami dari pokok mulberry. Namun khasiat dari Beta Arbutin ini tidak sehebat Alpha Arbutin.
Memang ramai yang menggunakan arbutin di dalam produk, tetapi tidak ramai yang menggunakan alpha arbutin di dalam produk. Ini kerana alpha arbutin adalah jauh lebih mahal daripada beta arbutin.

Ujian klinikal membabitkan 60 sukarelawan menggunakan krim mengandungi 1% alpha arbutin menunjukkan kesan pencerahan yang lebih baik berbanding beta arbutin, kojic acid dan Hydroquinone dalam tempoh 1 bulan. Kesan alpha arbutin kekal dalam tempoh kajian selama 3 bulan.

Arbutin tidak merosakkan sel kulit seperti hydrokuinon dan merkuri yang bukan sahaja memusnahkan sel-sel kulit yang sihat malah meningkatkan kandungan toksik di dalam sel.

Arbutin membantu menyekat penghasilan pigmentasi kulit dengan berkesan melalui kajian in-vitro. malah penggunaan secara konsisten mampu memberi kesan pencerahan kepada kulit.

Selain itu, terdapat kompaun aktif lain yang kerap digunakan dalam produk whitening. Diantaranya adalah:
Niacinamide
Niacinamide atau juga dikenal nicotinic acid adalah nama lain dari vitamin B3. Niacinamide ini juga sering ditemukan pada produk brightening skincare. Fungsinya adalah melembabkan wajah dengan cara merangsang ceramide (lapisan lemak) pada kulit. Selain itu juga membantu meningkatkan keanjalan kulit serta mencerahkan wajah.
Alpha Hydroxy Acid (AHA)

Alpha hydroxy acid (AHA) ini juga tidak jarang digunakan dalam penjagaan kulit tempatan dan jangka panjang. Fungsinya adalah untuk membantu pertumbuhan semula sel-sel kulit dan menghalang pengeluaran melanin yang menyebabkan bintik gelap.

Asid askorbik
Asid askorbik adalah nama lain untuk vitamin C. ianya ini sering digunakan sebagai bahan aktif untuk produk serum pemutih wajah. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang berkesan melindungi kulit dari pendedahan kepada radikal bebas. Vitamin C adalah kunci kepada tips untuk kecantikan.

Kojic Acid

Asid kojik biasanya digunakan dalam produk penjagaan kulit Jepun. Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Bahan aktif ini memainkan peranan dalam menghalang pigmen kulit yang berlebihan. 

Pada awalnya asid kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan asid kojik memyebabkan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. 

Kajian menunjukkan kojik sesuai untuk kulit pigmentasi seperti melasma dan bintik hitam. Sifat kojik yang berasid, mungkin berasa gatal sedikit diperingkat awal penggunaan. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin. 

Berikut serba sedikit huraian mengenai bahan pencerah dalam skincare. Semoga semua maklumat ini dapat manfaat dan menambah pengetahuan tentang dunia skincare. Kami memahami kerisauan anda kerana pelbagai produk di dalam pasaran yang semakin mengelirukan.
Semoga dengan perkongsian ini memberi pengetahuan pada semua.

Sila shared jika ia bermanfaat. :)